Friday, May 15, 2009

Teori Kognitif

3.0 PENGENALAN TEORI KOGNITIF
Kognitif pada diri manusia membezakan manusia dengan haiwan serta makhluk lain di dunia. Kognitif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan minda dan akal. Menurut kamus elektronik Besta kognitif ialah perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses penerimaan maklumat, pemahaman dan penggunaan pengetahuan. Bagi Haliza Hamzah dan Joy N Samuel (2009:42) kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingat, mengkategorikan, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Menurut mereka lagi perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pemikiran kanak-kanak. Ini bermakna perkembangan kognitif merupakan corak perubahan pemikiran yang berlaku daripada zaman kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:75) kognitif adalah berkait rapat dengan kognisi, iaitu aktiviti atau proses memperolehi ilmu secara taakulan atau pemikiran melalui deria. Atan Long (1982:261) pula menyatakan kognitif adalah melibatkan proses penanggapan, pembinaan, konsep, penakulan, penilaian dan penyelesaian masalah.
Pembinaan daya pemikiran kanak-kanak dipengaruhi oleh pnekanan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Bagi Mok Song Sang (2008:42) lagi kemahiran kognitif membolehkan individu itu memberi pendapat, memahami, dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di sekeliling. Jelaslah disini bahawa perkembangan kognitif sebenarnya melabangkan proses mental. Semakin berkembang mental individu semakin berkembang kemahiran minda mengikut kadar umur bagi kanak-kanak normal. Bagi kanak-kanak yang tidak normal kognitif mereka berkembang dengan corak yang sama tetapi pada kadar yang berbeza.
Kajian tentang kognitif ini di pelopor oleh dua tokoh terkenal iaitu Jean Piaget ahli psikologi Switzerland dan Lev Vygotsky ahli psikologi Russia. Jean Piaget melahirkan teori yang dikenali sebagai Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget manakala Lev Vygotsky pula memperkenalkan teori perkembangan kognitif yang dikenali dunia sebagai “Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky”.
Teori-teori yang dikemukana selepas kajian mereka ini memudahkan guru-guru menjalankan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kerana teori ini membantu guru memahami pemikiran kanak-kanak serta memahami kognitif kanak-kanak. Setiap proses P&P perlulah sesuai dengan perkembangan kognitif kanak-kanak supaya proses P&P adalah berkesan dan membuahkan hasil

3.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget dan Implikasinya
3.1.1 Latar Belakang Jean Piaget
Jean Piaget dilahirkan pada 9 september 1896. Beliau dilahirkan di Neuchatel (Switzerland). Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan Aurthur Piaget dan Rebecca Jacen. Bapanya merupakan seorang professor sastera pada zaman pertengahan. Pada usia 10 tahun beliau menulis notis pendek berkenaan dengan pipit yang albino “albino sparrow”. Jean Piaget sangat berminat dalam bidang moluska. Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Moluskalogis yang terkenal. Setelah tamat sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains persekitaran di Universiti Neuchatel. Di university tersebut beliau memperoleh Ph.D. Dalam tempoh tersebut juga beliau menerbitkan dua buah artikel berkenaan dengan falsafah.
Beliau berminat terhadap bidang psikoanalisis di Universiti Zurich. Beliau meninggalkan Switzerland untuk ke Perancis dan bekerja selama setahun di Ecole de’ Larue de la Grange-aux-Belles, sebuah institut pendidikan bagi pelajar lelaki. Di sana beliau memulakan kajian dan eksperimen berkenaan kognitif. Di sana juga beliau telah menyelaraskan kajian tahap kecerdikan dan melakukan eksperimen pertama mengenai perkembangan kognitif.
Pada tahun 1921 beliau menjadi pengarah pendidikan di Institut J-J Rousseau yang terletak di Geneva. Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Valentine Chatenay dan dikurniakan tiga orang Jacqualine, Lucienne dan Laurent yang menjadi bahan uji kaji beliau sejak usia anak-anak beliau masih kecil. Anak–anak beliau juga menjadi bahan uji kaji untuk ujian perkembangan bahasa kanak-kanak.
Beliau melakukan banyak eksperimen dan melahirkan beberapa teori serta menjawat beberapa jawatan dan menerima beberapa anugerah (RUJUK LAMPIRAN)
3.1.2 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Bagi Piaget proses pemikiran berubah secaramenyeluruh bermula selepas lahir hingga mencapai tahap kematangan. Setiap individu pasti mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. (Mok Song Sang 2009:42)
Piaget menyatakan terdapat empat faktor yang mempengaruhi proses pemikiran individu. Faktor tersebut adalah faktor kematangan biologi yang secara amny gen yang diwariskan merupakan pengaruh proses pemikiran. Faktor kedua adalah faktor perseketaran, faktor ini melibatkan interaksi antara individu dengan persekitaran. Proses pemikiran akan menjadi luas, tajam serta bertambah sekiranya berlaku interaksi antara individu dengan persekitaran dan impaknya ialah, penerokaan, pengujian,pemerhatian dan penyunsunan dalam diri kanak-kanak apabila mendapat maklumat baru. Faktor seterusnya ialah faktor sosial. Faktor sosial ialah pergaulan kanak-kanak dengan ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Semakin banyak kanak-kanak bersosial, semakin banyak input yang diperoleh maka semakin bagus perkembangan kognitif kanak-kanak. Faktor terakhir ialah keseimbangan. Keseimbangan di sini bermaksud kebolehan mengadaptasi situasi baru dalam kehidupan.
Jean Piaget membahagikan peringkat perkembangan kognitif kepada empat peringkat iaitu peringkat peringkat sensorimoto yang berlaku sebaik sahaja selepas lahir hingga ke usia 2 tahun, peringkat pra operasi yang bermula pada usia dua hingga tujuh tahun, peringkst operasi konkrit yang bermula pada usia tujuh tahun dan berakhir pada usia sebelas tahun dan akhir sekali peringkat operasi formal iaitu perkembangan kognitif yang berlaku pada usia sebelas tahun keatas,
Pada peringkat sensorimotor pergerakan fizikal dan penggunaan deria merupakan elemen penting dalam proses perkembangan kognitif kanak-kanak. Kebanyakkan skema yang dibina adalah berdasarkan komunikasi fizikal bayi dengan persekitaran. Sebenarnya selepas lahir bayi dapat membezakan objek di persekitaran. Pada usia 4 hingga 8 bulan kanak-kanak mempunyai daya koordinasi di antara penglihatan dan sentuhan. (Mok Song Sang 2008:82). Mulut merupakan alat untuk berinteraksi dengan persekitaran kerana kanak-kanak menggungunakan mulut untuk mengisap objek yang diminati. Pada peringkat ini juga kanak-kanak memulakan menunjkan pemikiran yang logic. Setiap aktiviti yang dilakukan ada matlamatnya dan pada peringkat ini juga kanak-kanak boleh mengulang proses asal secara fizikal. Peniruan (imitasi) mudah berlaku dalam peringkat ini juga kanak boleh menggambarkan objek dalam memori.
Antara aktiviti yang dapat dilakukan pada peringkat ini untuk membantu perkembangan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini ialah menggunakan objek yang berbunyi terutama objek yang mengeluarkan lagu kanak-kanak untuk menarik perhatian mereka supaya mereka mempunyai koordinasi yang baik dan deria motor yang tajam. Ibu bapa pula boleh membeli “puzzle” yang berbentuk konkrit (Rujuk Lampiran) kerana ianya merupakan satu permainan yang bermatlamat dan melatih pemikiran logic kanak-kanak. Persekitaran kanak-kanak haruslah sentiasa positif kerana telah dinyatakan pada peringkat ini kanak-kanak suka meniru, jadi model yang terbaik diperlukan untuk memastikan perkembangan kognitif kanak-kanak itu positif. Setiap pengajaran yang dilakukan dengan cara meniru mestilah betul. (IMPLIKASI DALAM P&P)
Peringkat seterusnya iaitu peringkat pra operasi yang berlaku pada usia dua hingga tujuh tahun. Pada peringkat ini akan menggunakan minda untuk membentuk skema-skema baru. Menggambar dan merancang aktiviti pergerakan membantu memperkembangkan kognitif kanak-kanak pada peringkat ini. Pada peringkat inimereka menggunakan konsep simbol dalam bahasa. Kanak-kanak mula melambangkan objek dengan simbol (bahasa). Proses perlambangan dikenali sebagai fungsi semiotik.Pada peringkat ini kanak-kanak mula bermain permainan membanyangkan (pretend play). Mereka akan mengambil watak-watak yang menarik pada mereka untuk ditiru dalam permainan membanyangkan ini. Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:48) kanak-kanak turut memberi kualiti atau ciri benda hidup kepada benda bukan hidup contohnya kilat terjadi kerana bumi marah. Pemikiran kanak-kanak pada masa ini bergantung kepada benda-benda yang konkrit. Kanak-kanak juga belum boleh berfikir secara logik dan rasional. Kanak-kanak pada peringkat ini mampung menceritakan semula pengalaman mereka dengan ayat yang mudah dan mengingati segala arahan yang pendek dengan mudah dan tepat. Pada masa ini kanak-kanak tiada keupayaan untuk menggambarkan proses transformasi diamana kanak-kanak tidak boleh melihat perubahan yang berlaku dalam sesuatu proses transformasi dan dalam keadaan ini kanak-kanak hanya boleh memerhati satu keadaan pada satu-satu ketika sahaja (Mok Song Sang 2008:83). Pada peringkat ini juga kanak-kanak tidak berkeupayaan untuk menghayati operasi songsang. Ini bermakna kanak-kanak tidak boleh membezakan proses yang telah diubah dengan proses asal. Kanak kanak pada peringkat ini juga belum menguasai konsep pengabadian diaman mereka menganggap bilangan dan panjang adalah sama. (Contoh Ketidakupayaan:Rujuk Lampiran). Pada peringkat ini juga kanak-kanak mempunyai egosentrik yang tinggi.
Implikasi terhadap P&P pada perigkat pra operasi ini ialah penggunaan bahan bantu mengajar yang konkrit. Contohnya sekiranya seorang guru bahasa ingin menambah perbendaharaan kata dalam tema alatan sukan, maka guru tersebut boleh membawa alatan sukan seperti bola, bad pingpong, raket tenis, net dan lain-lain kedalam kelas untuk mengaplikasi fungsi semiotic. Untuk mengembangkan kemahiran dalam bidang matematik pula guru boleh menggunakan guli atau batang ais krim untuk nmenyelesaikan masalah matematik. Arahan yang diberikan kepada kanak-kanak ini haruslah pendek dan mudah difahami kerana dengan cara ini mereka boleh mengingat arahan yang diberikan, jadi sekiranya guru ingin melaksanakan aktiviti untuk muridnya sama ada di dalam kelas ataupun diluar kelas, arahan yang pendek dan jelas adalah penting. Nasihat dan nilai yang ingin diajar kepada murid harus disampaikan dalam ayat yang mudah.Untuk mengajar nilai-nilai yang baik lakonan boleh diaplikasikan dengan menggunakan watak-watak yang digemari contohnya Ultraman. Guru-guru dan ibu bapa mesti mengaja anak-anak menggunakan perkataan yang sesuai dengan ayat. Perkataan dan frasa yang kurang sesuai boleh menyebabkan kekeliruan apabila berkomunikasi. Pengajaran luar kelas juga boleh dilakukan untuk memperkuatkan daya ingatan mereka.
Peringkat seterusnya iaitu peringkat operasi konkrit berlaku pada usia tujuh hingga dua belas tahun. Pada peringkat ini mereka telah menguasai prinsip identiti iaitu prinsip yang menekankan jmlah, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Kanak-kanak pada peringkat ini juga berkeupayaan untuk menguasai proses pengelasan dan proses penyusunan secara bersiri (dari kecil ke besar atau sebaliknya atau bilangan menaik kepada menurun atau sebaliknya). Pemikiran kanak-kanak pada usia ini mula mengubah pemikiran mereka iaitu daripada pemikiran egosentrik kepada pemikiran decentered (memahami persepsi orang lain). Kanak-kanak ini juga mula bersosial dan masih tidak dapat berfikir secara abstrak.
Pada peringkat ini proses P&P menggunakan bahan yang konkrit boleh diteruskan tetapi menggunakan bahan yang lebih menarik. Sebagai contoh sekiranga sesorang guru bahasa itu ingin mengajar tajuk haiwan, haiwan-haiwan mainan plastik boleh diguanakan. (RUJUK LAMPIRAN). Dalam matapelajaran sains eksperimen boleh dilakukan supaya kanak-kanak pada usia ini dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Kanak-kanak harus diberi peluang untuk bercerita untuk memsatikan penigkatan dalam bidang bahasa. Selain ini bahan bacaan haruslah ringkas dan tersusun. Kaitan antara pengalaman harian dengan proses P&P boleh dilaksanakan. Soalan-soalan berbentuk analik dan logic serta jalan penyelesaian juga dapat diaplikasi dalam P&P. (IMPLIKASI DALAM P&P)
Pada peringkat operasi formal (12 tahun keatas) kanaka-kanak ini boleh berfikir secara sistematik untuk memberi idea terhadap beberapa kemungkinan enyelesaian, boleh membuat hipotesis dan mencari alternatif untuk menyesalkan masalah. Mereka juga mula menerima konsep induktif dan deduktif dalam P&P dan egosentrik remaja mula muncul dalam peringkat ini.
Implikasinya guru boloeh menggunakan bahan konkrit untuk mengajar contohnya dalam matapelajaran sains. Sekiranya guru hendak menerangkan tentang organ dalaman. Haiwan seperti katak boleh digunakan. Guru sebenarnya patut memberi peluang kepada pelajar untuk membuat hipotesis atau ramalan awal supaya mereka dapat mengembangkan lagi kognitif mereka serta menyelesaikan masalah secara kreatif dan kritis. Guru juga sepatutnya memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea. Dalam penulisan karangan berpandu misalnya, guru sepatutnya membiarkan pelajarnya membina idea sendiri dan memberi galakan. Fungsi guru hanya memerhati dan membetulkan sekiranya salah.

3.2 Teori Pembelajaran Jean Piaget
Menurut Mok Song Sang (2008:87) dalam teori perkembangan kognitif kanak-kanak Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan individu. Beliau perpendapat pembelajaran berlaku sekiranya individu mendapat pengalaman baru daripada persekitaran akibat daripada interaksi pengalaman tersebut dengan orang lain, persekitaran atau benda yang terdapat dalam sekitar. Dalam buku Perkembangan Kanak-kanak Untuk Program Ijazah Sarjana Muda karangan Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:43) Piaget menyatakan setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran. Individu cenderung untuk memahami situasi tertentu dan menyelesaikan kekusutan. Menurut beliau lagi ketidakselesaan timbul dalam keadaan yang tidak dijangka, maka ketidakselesaan ini mendorong manusia mencari penyelesaian atau keseimbangan.
Proses keseimbangan atau penyelesaian masalah ini bermula dengan SKEMA. Skema dalam individu bermula apabila individu memperoleh pengalaman baru, menyusun pengalaman-pengalaman tersebut di dalam minda dan kemudiannya membentuk suatu sistem. ORGANISASI merupakan proses penyusunan pengalaman-pengalaman baru.
Skema-skema yang terbentuk ini akan digunakan untuk menyelesaikan masalah. Pembentukan skema bermula dengan skema yang ringkas kemudian ke skema yang kompleks. Skema yang sedia ada biasanya akan sentiasa berdepan dengan situasi yang baru, oleh itu penukaran skema adalah perlu.
Proses penukaran skema lama kepada skema baru disebut adaptasi. Adaptasi melibatkan dua proses iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi terjadi apabila individu cuba memahami pengalaman baru dan menyesuaikannya dengan pengalaman lama, manakala akomodasi ialah penukaran skema lama kepada skema baru. Proses mengorganisasi, asimilasi, adaptasi dan akomodasi merupakan proses untu mencapai keseibangan. Individu hanya akan berjaya menelesaikan masalah apabila berjaya memenuhi kesemua proses ini.
Proses-proses ini penting untuk diketahui oleh bakal-bakal guru kerana proses ini membantu guru untuk memahami cara muridnya berfikir dan mengajar serta menerangkan dengan tepat input-input yang hendak disampaikan.
Proses keseimbangan diringkaskan dalam rajah seperti berikut:-

Contoh:
Dalam matapelajaran matematik Izlam menyatakan bahawa priamid segi empat mempunyai empat permukaan. Gurunya membetulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan model yang konkrit agar Izlam tahu bahawa pyramid segi empat mempunyat lima permukaan









3.2 Teori Kognitif Lev Vygotsky
Lev Semenovich Vygotsky dilahirkan pada 5 November 1896 di Orsha Belarus (kini dikenali sebagai Russia). Beliau adalah berketurunan Yahudi. Bapa beliau merupakan seorang ketua bank di Bank Gomel. Disebabkan bapanya bekerja di Gomel, beliau membesar di Gomel. Beliau mendapat pendidikan rendah di rumah bersama ibunya dan tutornya. Mendapat pendidikan rendah dirumah bersama ibunya kerana ibunya telah dilatih untuk menjadi guru. Apabila meningkat remaja Lev Vygotsky melanjutkan pelajaran di sekolah menengah awam. Beliau merupakan seorang yang pantas dalam pembacaan dan mempunyai memori yang kuat, ini menyebabkan beliau cemerlang dalam semua subjek di sekolah. setelah tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Moscow dalam bidang perubatan kemudian beliau beralih arah kepada bidang undang-undang. Beliau turut belajar secara bersendirian mengenai ilmu falsafah. Selepas tamat pengajian di unversiti beliau menjadi guru Moscow dan mengajar subjek sastera serta falsafah. Di Gomel beliau berkahwin dengan Rosa Sinekhora dan mempunyai dua cahaya mata perempuan. Ketika menjadi pensyarah di Institut Perguruan Gomel beliau membuka makmal untuk menjalankan kajian beliau.
Pada tahun 1924 beliau membuat perbentangan di persidangan “Second All-Russian Psychoneurological Congress” di Leningrad. Di kongres tersebut beliau membincangkan perbandingan kaedah refleksiologi dan penyiasatan psikologi. Oleh sebab pebentangan beliau memuaskan semua pihak beliau dilantik menjadi ahli psikologi di Institut Psikologi Moscow.
Pada tahun 1925 pula beliau menamatkan tesis tentang psikologi dan memulakan penyiasatan tentang pendidikan khas Russia. Beliau turut menstruktur semula sistem Institut Psikologi Moscow. Banyak masa dan kajian beliau selepas tesis psikologi ditumpukan pada kajian pendidikan khas, pendidikan pemulihan dan masalah pembelajaran.Pada 1934 Lev Vygotsky mati kerana mempunyai sakit batuk kering.
Salah satu hasil usaha beliau ialah Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky. Pada beliau perkembangan kognitif individu berlaku dalam persekitaran sosiobudaya yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran individu. (Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel 2009:57). Bagi Piaget perkembangan kognitif adalah bersifat individu dimana individu atau kanak-kanak itu meneroka, membentuk idea dan menguji secara persendirian. Ini berbeza dengan Vygotsky kerana Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kognitif individu ditekankan oleh peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak. Kebanyakkan perkembangan minda kanak-kanak adalah daripada interaksi persekitaran.
Sistem kematangan biologi kanak-kanak yang mentah membataskan perkembangan kognitif kanak-kanak, tetapi sosiobudaya dan persekitaran kanak-kanak membantu perkembangan kognitif. Bagi vygotsky secara amnya perkembangan kognitif dipengaruhi oleh interaksi sosial dan kemahiran bahasa (Haliza Hamza dan Joy N. Samuel 2009:57).
Interasi sosial sebenarnya memberi rangsangan kognitif kepada kanak-kanak apabila mereka berbual atau bergaul. Perkembangan minda dalam interaksi sosial ini akan berkesan sekirangan kanak-kanak tersebut berinteraksi dengan orang yang lebih berpengetahuan daripada mereka. Hasil interaksi haruslah diperaktikkan dalam kehidupan.
Mengikut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009:58) Levygotsky twlah membahagikan perkembangan kognitif kepada dua perigkat iaitu peringkat sosial dan peringkat individu dan peringkat. Pada peringkat sosial hasil perkembangan kognitif adalah melalui interaksi dengan persekitaran. Contohnya interaksi antara seorang kanak-kanak dengan ibunya, gura dan rakan-rakan. Contoh perkembangan pada peringkat ini dapat dilihat dalam dialog dibawah:
Ibu: Kita tidak boleh berbohong.
Anak: mengapa ibu?
Ibu : cuba kamu fikirkan.
Anak : Tuhan marah, orang yang ditipu menangis, menganiaya, dan boleh bergaduh.
Ibu : semua jawapan kamu benar.Berbohong juga menggalakkan kita membuat perbuatan jahat yang lain iaitu mencuri. Ada pepatah yang mengakatan “mula-mula berbohong lama-lama mencuri”
Dalam hal ini dapat dilihat bahawa pertanyaan ibunya merangsang minda anaknya untuk mencari jawapan. Ini melatih anaknya memikir seterusnya mengembangkan lagi kognitif anaknya melalui perbualan. Perbualan ini juga mungkin berlanjutan sehingga anak tersebut berpuas hati.
Peringkat individu pula ialah kebolehan kanak-kanak menukar penegtahun yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Contohnya Anak mengetahui berbohong adalah perkara yang tidak baik jadi Anak akan sentiasa tidak berbohong kerana takut diri akan menjadi lebih jahat.
3.2.1 Zon Perkembangan Proksimal.
Menurut Haliza Hamzah dan Joy M. Samuel (2009:59) menyatakan zon perkembangan proksimal ialah istilah yang digunakan Vygotdky untuk menjelaskan bagaimana kemhiran-kemahiran yang sukar dilaksanakan dapat dijayakan dengan bantuan orang dewasa atau rakan yang berkemahiran.
Zon perkembangan proksimal mempunyai had bawah, zon perkembangan proksimal dan zon atas. Dalam had bawah kemairan dapat dicapai dengan sendiri tanpa bantuan manakala zon perkembangan proksimal mewakili kemahiran kognitif kanak-kanak dan had atas pula ialah kemahiran yang memerlukan bimbingan. Had atas pula kemahiran yang memerlukan bantuan orang yang berkemahiran. Zon perkembangan proksimal dapat digambarkan seperti dibawah:




HAD ATAS
Kemahiran yang dicapai dengan bantuan individu yang berkemahiran.
Contoh: Kanak-kanak mengelaskan haiwan vetebrate mengikut kumpulan samadengan bantuan guru
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
Kemahiran dikuasai dengan bimbingan.
Contoh: Kanak-kanak mengetahui jenis kumpulan haiwan vertebrate dan ciri-cirinya dengan bbimbingan
HAD BAWAH
Kemahiran yang sedia ada diproleh dan kemehiran ini mahir dalam diri indiividu.
Kanak-kanak sedia mengetahui ciri-ciri haiwan vertebrate.

Jelaslah disini bahawa kemahiran yang sukar memerlukan bimbingan orang yang berkemahiran supaya objektif untuk memperkembangkan kognitif dapat dicapai. Dengan bantuan, perkembangan kognitif dapat berlaku dengan cepat kerana sentiasa dirangsang oleh persekitaran melalui interaksi.
3.2.2 Perencah (Scaffolding)
Perencah atau scaffolding ini biasanya ditekan dalam Zon Perkembangan Proksimal. Perencah merupakan pengubahsuaian tahap sokongan yang diberikan. Dalam kata lain semasa mengajar individu yang mengajar akan mengubahsuai tahap bimbingan supaya bersesuaian dengan kemahiran pelajar. (Haliza Hamzah dan Joy N.Samuel 2009:60). Bimbingan penuh diberikan oleh guru ketika pelajar menguasai kemahiran tertentu buat pertama kalinya. Apabila kemahiran itu berjaya dikuasai sedikit demi sedikit, bimbingan yang dilaksanakan mula berkurang. Kunci atau aspek penting dalam bimbingan ialah komunikasi. Komunikasi boleh menjana idea pelajar untuk memperkembangkan lagi kognitif pelajar. Kanak-kanak sebenarnya suka bercakap sendiri. Sebenarnyabercakap sendiri merupakan perencah kerana bercakap sendiri juga mmbantu dalam memperkembagkan kognitif.

3.2.3 Implikasi Teori Vygotsky dalam P&P
Dalam memperkembangkan lagi perkembangan kognitif kanak-kanak guru haruslah menjadikan komunikasi dua hala bersama pelajar. Komunikasi boleh dijalankan dengan rangsangan daripada alat bantu mengajar. Guru hendaklah mendengar segala idea yang disampaikan melalui komunikasi dan membetulkannya jika salah. Untuk menggalakan lagi komunikasi dalam P&P bentuk pengajaran boleh dilaksanakan dalam kumpulan agar murid-muri dapat berkomunikasi dengan rakan sebaya untuk menjana idea. Guru hendaklah menyalurkan bantuan yang penuh ketika mengajar kemahiran–kemahiran baru yang belum pernah dipelajari dalam P&P, kemudian guru boleh memberi sedikit latihan untuk menguji daya kefahaman pelajar dan sekiranya pelajar faham, guru bolehlah mengurangkan bantuan dan menggalakan pelajar berfikir. Sebelum mengajar guru harus menentukan had perkembangan proksimal pelajar dan menyediakan cara mengajar yang pelbagai dalam menjayakan P&P.
Dalam matapelajaran bahasa misalnya, untuk mengajar kanak-kanak membaca perkataan KV+KVK (Contoh perkataan ma+sak) guru harus memastikan kanak-kanak boleh dan mahir menyebut perkataan KV+KV (Contoh perkataan ma+sa) ini bermakna kanak-kanak telah menguasai had bawah. Setelah itu dengan bantuan guru kanak-kanak diajar menyebut pelbagai perkataan berpola KV+KVK. Tahap ini dikatakan zon perkembangan proksimal. Pada had atas pula kanak-kanak boleh membaca perkataan berpolar KV+KVK dengan sendiri.






3.3 Teori Perkembangan Kognitif Jerom Bruner
Teori perkembangan kognitif Jerom Bruner menyatakan bahawa corak perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku pada tahap-tahap tertentu dan mengikut corak-corak tertentu. Hal ini menyebabkan teori kognitif Jerom seakan-akan teori perkembangan Piaget. Peringkat perkembangan kognitif dalam teori perkembangan kognitif Jerom Bruner ialah peringkat Enaktif (0-2 tahun), Peringkat Ikonik (2-4 tahun) dan peringkat Simbolik (5-7 tahun).
3.3.1 Peringkat Enaktif (0-2 tahun)
Pada peringkat ini perkembangan kognitif lebih kepada peringkat deria moto yang dihuraikan oleh Piaget. Bagi Jerom aktiviti dilakukan adalah berdasarkan kepada pergerakan aggota fizikal kanak-kanak itu sendiri.
3.3.2 Peringkat Ikonik (2-4 tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak mula menggunakan pemikirannya untuk menggambarkan imej dalam pemikiran.
3.2.3 Peringkat Simbolik (5-7 tahun)
Bahasa mula menjadi elemen penting kerana pada peringkat ini kanak-kanak mula menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dan berfikir dengan menggunakan bahasa.

Bagi Bruner, ketiga-tiga peringkat ini tidak dapat dipisahkan kerana ianya digunakan sepanjang perkembangan kognitif. Bagi Bruner lagi semasa proses pembelajaran harus dilakukan bermula dengan peringkat konkrit dan kemudiannya abstrak. Contoh, sekiranya seorang guru itu ingin mengajar anak muridnya mengikat tali kasut, guru hendaklah mendemostrasikan secara fizikal terlebih dahulu, apabila umur murid meningkat demostrasi tersebut boleh digantikan dengan gambar dan ianya dapat dilakukan oleh murid dengan bantuan gambar yang menunjukan langkah-langkah mengikat tali kasut.
Bruner sebenarnya menerangkan teori perkembangan kognitif beliau berdasarkan pengajaran bukannya pembelajaran. Mengikut teori Brunner banyak pembelajaran yang tiada kaitan dengan umur. Sesetengah matapelajaran berkaitan dengan teknik harus dimulakan dengan aktiviti fizikal contoh matapelajaran yang melibatkan langkah ini ialah matapelajaran menyanyi, bersajak, dan berengang.
Menurut Brunner lagi ada matapelajaran yang tidak dapat tidak menggunakan simbol-simbol yang berkaitan. Contohnya matapelajaran matematik. Guru matematik akan menggunakan simbol matematik untuk mengajar.
Brunner menggariskan enam ciri-ciri perkembangan kognitif individu iaitu berkeupayaan dalam mengawal emosi daripada stimulasi luar, pertambahan keupayaan untuk memproses peristiwa atau pengalaman ke struktur mental dan membuat generalisasi, pertambahan keupayaan untuk menggunakan perkataan dan simbol untuk mewakili objek dan peristiwa, pertambahan kemahiran bahasa untuk menyatakan konsep atau idea, dan pertambahan keupayaan untuk menghadapi situasi tertantu. (Mok Song Sang 2008:95)
Bagi Bruner kanak-kanak belajar melalui proses pengelasan dan konsep. Contohnya dalam matapelajaran sains, antara ciri-ciri mamalia ialah beranak. Kanak-kanak yang memahami konsep ini mengetahui bahawa haiwan yang beranak seperti lembu ialah beranak.
Teori ini menyatakan lagi bahawa kanak sedia menerima apa sahaja yang dipelajari dan situasi yang berlaku dalam alam ini akan membantu pembelajaran kanak-kanak. Contohnya murid-murid memahami bahawa operasi bahagi tidak bersifat tukar tertib dengan mengira 8 bahagi 2 dan 2 bahagi 8 itu sendiri bukan semata-mata diberitahu oleh guru.
Dalam matematik penggunaan simbol mewakili konsep yang abstrak meningkatkan dan memudahkan lagi pemahaman pelajar.
Terdapat empat prinsip pengajaran-pembelajaran dalam teori perkembangan kognitif Bruner. Prinsip yang pertama ialah prinsip motivasi. Motivasi penting bagi memastikan segala objektif P&P berjaya. Guru hendaklah memastikan kanak-kanka rela belajar dan berminat dalam mata pelajaran yang diajar. Motivasi pelajar terbahagi kepada dua iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan. Intrinsik menyebabkan kanak-kanak cenderung untuk meneroka ilmu manakala dorongan kecekapan menyebabkan kanak-kanak sedia melakukan apa-apa aktiviti yang dapat mengukuhkan ilmu tersebut.
Prinsip yang kedua ialah prinsip struktur. Prinsip ini mengutamakan apa isi pelajaran sesuai dengan apa bentuk pengajara dan apa bentuk pengajaran yang sesuai dengan murid berkenaan. (Mok Song Sang 2008:97)
Prinsip seterusnya ialah prinsip skuen. Ada dua tahap prinsip skuen. Prinsip skuen pertama ialah prinsip kesediaan.set induksi harus digunakan oleh guru untuk menimbulkan minat pelajar. Prinsip skuen yang kedua ialah penggunaan dan perlaksanna kaedah mengajar. Kaedah mengajar harus sesuai dengan tahap perkembangan koginitif pelajar.
Prinsip yang terakhir ialah prinsip peneguhan. Prinsip ini berdasarkan mazahab behaviouris yang mementingkan peneguhan. Bagi Brunner, peneguhan mestilah dapat memberi kesan kepada insintrit dan dorongan mencapai kecekapan.
Teori in memberi implikasi kepada P&P. Dalam P&P perkara pertama seorang guru mesti lakukan ialah mengenalpasti tahap kognitif kanak-kanak. Seperti yang sedia maklum corak perkembangan kognitif adalah sama tetapi berlaku pada kadar yang berbeza. Sebagai contoh, sepatutnya pada usia tujuh tahun kanak-kanak sepatutnya telah pandai mengklasifikasi tetapi masih ada kanak-kanak yang tidak pandai mengklsifikasi. Jadi guru harus mengenalpasti kanak-kanak tersebut supaya memudahkan proses P&P. Guru juga harus berfikiran kreatif dan kritis supaya murid-murid berasa minat untuk belajar dan menumpukan perhatian. Untuk menarik perhatian bahan rangsangan diperlukan pada permulaan pengajaran. Contohnya guru yang mengajar subjek sains bertajuk organ dalaman. Guru boleh menggunakan Dummy untuk merangsang pemikiran pelajar. Setiap pengajaran mesti dimulakan dengan cara yang konkrit dan kemudiannya abstrak. Dalam mataelajaran georafi misalnya, guru boleh membimbing pelajar cara melukis peta dengan cara mendemostrasi. Kemudian apabila kognitif murid berkembang, dengan arahan bertulis murid boleh melukis dengan sendiri tanpa perlu didemostrasi oleh guru. Guru tidak digalakkan menggangu tumpuan murid ketika ketika murid belajar bersendirian kerana dikuatiri mengganggu intrinsik pelajar. Apa yang penting ialah perancangan mengajar. Kesan daripada teori kepada kurikullumialah penghasilan kurikullum Pilin (Spiral Curiculumk) yang mementingkan pengajaran konkrit kepada abstrak.
















4.0 Teori Pemerolehan Bahasa.
Bahasa adalah komponan utama dalam diri manusia. Bahasa ialah simbol-simbol bunyi yang bermakna dan digunakan dalam satu kelompok masyarakat. Bahasa membolehkan manusi berkomunikasi dengan berkesan untuk menyampaikan idea, pemikiran atau perasaan Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan (http://www.geocities.com/psykidsukm/perkembangan.htm). Bahasa juga penting dalam proses P&P.
Antara perkembangan bahasa ialah teori perkembangan bahasa perspkektif behaviourisme, teori pemerolehan bahasa perspektif nativisme, teori pemerolehan bahasa perspektif interaksionalisme dan teori pelaziman operan untuk perkembangan bahasa.
4.1 Teori Perkembangan Bahasa Perspektif Behaviouris
Teori ini mementingkan peneguhan. Pelopor teori ini ialah,John B. Watson, Edward L, Thorndike,B.F Skinner,dan E.R Guithrie. Mereka menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam menambah perbendaharaan kata anak-anak. Menurut Kamaruddin Haji Hussain(1988:11) mereka yang menganuti perspektif ini cuba menghuraikan pertalian psikologi dan bahasa. Mereka juga menyatakan bahawa bahasa adalah proses perilaku iaitu hasil operasi stimulus atau rangsangan dan respon atau tindakbalas yang bergantung semata-mata kepada ciri- ciri naluriah yang ada pada manusia. Maka bagi mereka manusia ini telah dilengkapi dengan alat-alat artikulasi untuk berbahasa. Menurut Kamarudin Haji Hussain lagi (1988:12) golongan pelopor ini menolak sama sekali pendapat yang menghubungkan proses penghasilan bahasa dengan operasi kognitif. Bagi golongan ini pembelajaran bahasa dapat dijalankan secara formal dan tidak formal kerana bagi golongan ini kebiasaan atau pengulangan menjadi kunci kepada pemerolehan bahasa. Dengan kata lain pelajaran bahasa secara tidak formal berlaku di rumah dan secara formal pula berlaku disekolah. Kalimat yang penting dalam teori ini ialah stimulasi dan respons ini di buktikan dengan eksperimen yang dijalankan oleh Skinner dengan menggunakan seekor tikus dan makanan. Dinyatakan juga bahawa pengukuhan penting dalam pembelajaran. Peniruan ialah antara aspek penting pembelajaran bahasa melalui teori ini.
Dalam pembelajaran bahasa, perbualan dengan memperkenalakn perkataan asas adalah penting untuk menabah perkataan. Biarkan peluang kepada kanak-kanak untuk mengulang perkataan yang disebut dengan betul. Ganjaran seperti pujian dan tepukan boleh diberikan kapada kanak-kanak selepas berjaya mengulang perkataan supaya ianya dapat memberi dorongan kepada kanak-kanak untuk belajar perkataan baru.
Bagi guru pula, latihan tubi adalah penting dalam mengukuhkan pembelajaran. Guru dan ibu bapa seharusnya menggunakan model terbaik dalam melatih bahasa anak-anak supaya mereka mendapat pembelajaran yang sempurna dan betul.guru juga boleh mempelnagaikan situasi rangsangan. Guru boleh mempelbagaikan situasi rangsangan dengan mempelbagaikan tingkah laku, contohnya untuk mengajar dengan menggunakkan permainan yang melibatkan fizikal. Contohnya seorang guru yang ingin mengajar anak muridnya perkataan “Badminton” guru boleh melakonkan perbuatan tersebut dan membiarkan anak muridnya meneka. Kedua seorang guru itu boleh juga mempelbagaikan proses rangsangan dengan menggunakan saluran deria. Video, pita rakaman dan gambar rajah boleh digunakan untuk merangsang pelajar-pelajar bertutur demi mendapat perkataan baru. Ketiganya pula dengan mempelbagagaikan pola interaksi antara guru dan pelajar. Dalam berinteraksi contohnya, guru boleh menggunakan teknik sumbang saran. Keempat pula guru harus mempelbagaikan stategik, kaedah, pendekatan, teknik dan alat bantu mengajar.
4.2 Teori Pemeroleha Bahasa perspektif Nativisme
Pelopor teori ini ialah Noam Chomsky. Menurut Kamarudin Haji Hussain (1988:19), Noam Chomsky berpendapat pandangan Skinner adalah tidak munasabah kerana menolak fungsi otak dalam teori pemerolehan bahasa. Menurut beliau lagi Chomsky menegaskan bahawa kematangan saraf, kematangan berfikir dan tindak balas adalah penting dalam proses mempelajari bahasa.
Bagi Chomsky lagi, setiap manusia yang lahir ke muka bumi ini telah dilengkapi oleh alat-alat yang membolehkan manusia berkomunikasi. Potensi berbahasa bergantung kepada kognitif bukannya biologikal. Rangsangan bukanlah hanya faktor yang mendorong kepada pemerolehan bahasa tetapi kognitif. Tanpa kognitif perkembangan bahasa adalah terbatas. Dalam teori ini juga Chomsky menegaskan bahawa tatabahasa yang dilengkapi dalam diri individu bersifat universal. Menurut Haliza Hamzah (2008:67) kanak-kanak dilahirkan dengan keupayaan menggunakan tatabahasa. Mereka akan memerhatikan penyusunan ayat dengan bahasa yang digunakan dipersekitaran dan akhirnya kanak-kanak akan menyesuaikan tatabahasa tersebut dengan ayat. Kemahiran tatabahasa yang universal ini diperolehi secara semulajadi tanpa perlu dipelajari. Kanak-kanak mula mempunyai tatabahasa yang bersifat sejagat pada usia lima tahun. Pada usia ini, perkembangan bahasa kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran. Dalam teori ini dunyatakan bahawa, kanak-kanak sebenarnya telah dilengkapi oleh ‘Language Acquisition Device’ (LAD) yang memilih yang memilih bentuk-bentuk bahasa ibunda dan menolak bentuk bahasa bukan ibunda untuk dipertuturkan.
Dalam teori ini implikasi kepada gura ialah, guru hendaklah menyediakan model-model bahasa dengan sempurna. Peniruan merupakan salah satu proses pembelajaran dalam teori ini. Alat bantu mengajar yang digunakan dalam mengaplikasikan pemerhatian bahasa bagi penerima bahasa haruslah jelas dan sesuai dengan peringkat umur dan perkembangan kognitif. Pendidikan dalam tatabahasa adalah perlu dilakukan dengan tujuan untuk memperkasakan tatabahasa demi mengukuhkan lagi asas dalam tatabahasa. Cara mengaplikasikan tatabahasa dalam penggunaan adalah penting, justeru itu sekiranya kanak-kanak menggunakan tatabahasa yang salah dalam pertuturan, guru haruslah membetulkan kesilapan tersebut agar ianya tidak berpanjangan.



4.3 Teori Pemerolehan Bahasa perspektif Kognitif
Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008:65) menyatakan bahawa teori sosio-kognitif menekankan tentang peranan pemodelan. Kanak-kanak memperolehi bahasa hasil daripada interaksi dengan sosial,budaya dan kognitif. Corak ayat yang digunakan kepada bayi haruslah pendek dan mudah difahami serta mempunyai corak ntonasi yang pelbagai mampu menyebabkan seorang kanak-kanak itu berjaya menguasai bahasa. Bahasa sebenarnya ialah agen untuk meluahkan pendapat dan kehendak
Dalam teori in dinyatakan bahawa bahasa mempunyai pertalian yang erat dengan pemikiran dimana segala penguasaan bahasa dipengaruhi oleh mental. Disebabkan teori ini mementingkan proses mental, dalam P&P bahasa, aspek pemikiran pengetahuan dan makna dipentingkan, maka latihan yang membentuk kebiasaan tidak dititikberatkan.