Friday, May 1, 2009

1 st blogging....

huhu... member2 sekalian...
ari ni first time aku buat blog.. tak tau la pe yang best tulis blog ni...
kiri aku try and error la ni... aku arap tak ler try and error 4ever..
aku suke bace blog orang.... terutama blog Tun Dr Mahathir... banyak input beb....
bagi aku blog ni untuk org menyatakan pendapat dan ilmu... tapi pendapat yang bernas dan ilmu yang bernas la... aku pun tak tau la nape la org nak sebarkan fitnah n aib org dalam blog... pelik aku le... bukan ape... org Malaysia ni bab bukak aib org nombor satu... cube org bukak aib kite mstila kite tak sukakan.... ingatlah wahai manusia sekalian if kite suka bukak aib org satu ari nanti tuhan mesti bukak aib kita... jadi marilah kite bersama-sama nasihat-menasihati dan ingat-mengingati... if kite tau org tu salah tegur la jangan nak citer salah org tu kat org lain.... if ko bijak dalam teguran manusia tu guarenteee la ikot nasihat ko...
insyallah la aku guna blog aku ni untuk letak bahan2 ilmu yang aku dapat dalam kelas... aku ni ambk cos Pemulihan... so meh la aku citer cket ape tu Pemulihan ye....

Pemulihan merupakan satu program yang diperkenalkan dalam tahun 90-an. Pada mulanya guru yang mengikuti program ini hanya menerima kursus dalam perkhidmatan selama beberapa minggu atau beberapa hari. Program pemulihan dan gurunya selalu dipandang rendah oleh rakyat Malaysia kerana pemikiran cetek rakyat Malaysia. Program Pemulihan sebenarnya sangat penting. Program ini tidaklah sehebat program TESL, Matematik or Sains tetapi ia penting bagi melahirkan insan yang harmonis. Tujuan program ini diadakan adalah untuk membendung masalah buta huruf . Tidakkah itu penting?? dalam dunia ni manusia dianugerahkan dengan kebolehan yang berbeza, kebolehan membaca murid-murid adalah berbeza. Bayangkanlah jika setahun satu sekolah melahirkan 15 pelajar buta huruf. 20 tahun akan datang sekolah tersebut dijangka akan melahirkan 300 pelajar buta huruf. Itu baru 1 sekolah. Bayangkan berapa banyak sekolah yang Malaysia ada... jadi pikir-pikirkan lah...
Kepada ibu bapa... jangan malu... Pemulihan Khas 3M ni memban selesaikan masalah... Ingatlah.. potensi manusia ni pelbagai... Jangan jadikan pemikiran kita pemikiran kelas ketiga....