Friday, May 1, 2009

IpTa dan Anda.....

Mungkin ada ibubapa yang gembira melihat anaknya berjaya melangkah ke IPT terutama ke IPTA.. ye la institusi pengajian tinggi awam kan susah untuk mendapat tempat.... tetapi ada pula yang kecewa dan tekilan sekiranya anak mereka tidak dapat memasuki IPTA...
semalam aku jalan-jalan di sebuah pasa raya, aku dapati ramai ibu bapa dah mula shopping untuk anak-anak mereka sbg persiapan ke Ipta.

  1. adakah kejayaan hidup diukur dengan sijil yang bergulung-gulung? pada pendapat saya menjadi hamba Allah yang baik dan anak yang taat serta rajin berusaha merupakan kejayaan dalam hidup. jika diukur secara metarialistik pula pada saya pasti ada sahaja manusia yang tidak masuk IPTa berjaya dalam hidupnya... siap boleh jadi jutawan lagi... siapa?? Kenal Bill Gates?? dialah manusia itu... manusia yang tidak habis pengajiannya di kolej....
  2. Benarkah jika anak anda di IPTA bermakana anak anda berjaya? tidak tentu la... kenapa?? kegagalan di IPTA yang mungkin menyebabkan anda 'ditendang' ialah jawapannya dan ini lebih memalukan jika dibandingkan dengan masalah tidak dapat masuk ke ipta... betul tak??? saya sendiri pelajar IPTA dan saya sendiri tidak tahu di mana kejayaan saya. apa yang dapat saya lakukan hanyalah berusaha dan berdoa serta mengharapkan doa kedua ibu bapa..
  3. perasankah anda bahawa ukuran kejayaan di Malaysia ini berasaskan kertas peperiksaan semata-mata? kertas periksalah yang menebabkan kita gagal mengesan potensi murid... kerajaan sendiri baru perasan inikan pula anda... bukti... pernah dengar PAssak PADI LIMA SERANGKAI?? cari dan bacalah tentangnya... kiranya potensi dapat diketahui nescaya tiada masalah yang berlaku ... tiada masalah ke IPTA... tiada masalah di IPTA (masalah 'tendang')
Buat adik-adik yang gagal ke IPTA jangan menangis dan tertekan walaupun anda sebenarnya talah kecewakan kedua ibu bapa anda.. fikirkan yang positif... Peluang sentiasa terbuka...jika bukan hari ini peluang itu menjadi milik anda... mungkin esok... mungkin lusa... apa yang perlu anda lakukan ialah usaha dan tawakal... jika telah dapat peluang itu gunakanlah sebaiknya... hargainya dengan membayangkan kesukaran mendapatkannya...jangan persiakannya...