Friday, May 15, 2009

Latar belakang Jean Piaget

JEAN PIAGET

Jean Piaget dilahirkan pada 9 september 1896. Beliau dilahirkan di Neuchatel (Switzerland). Beliau merupakan anak pertama kepada pasangan Aurthur Piaget dan Rebecca Jacen. Bapanya merupakan seorang professor sastera pada zaman pertengahan. Pada usia 10 tahun beliau menulis notis pendek berkenaan dengan pipit yang albino “albino sparrow”. Jean Piaget sangat berminat dalam bidang moluska. Sewaktu kecil beliau bercita-cita untuk menjadi seorang Moluskalogis yang terkenal. Setelah tamat sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang sains persekitaran di Universiti Neuchatel. Di university tersebut beliau memperoleh Ph.D. Dalam tempoh tersebut juga beliau menerbitkan dua buah artikel berkenaan dengan falsafah.

Beliau berminat terhadap bidang psikoanalisis di Universiti Zurich. Beliau meninggalkan Switzerland untuk ke Perancis dan bekerja selama setahun di Ecole de’ Larue de la Grange-aux-Belles, sebuah institut pendidikan bagi pelajar lelaki. Di sana beliau memulakan kajian dan eksperimen berkenaan kognitif. Di sana juga beliau telah menyelaraskan kajian tahap kecerdikan dan melakukan eksperimen pertama mengenai perkembangan kognitif.

Pada tahun 1921 beliau menjadi pengarah pendidikan di Institut J-J Rousseau yang terletak di Geneva. Pada tahun 1923 beliau berkahwin dengan Valentine Chatenay dan dikurniakan tiga orang Jacqualine, Lucienne dan Laurent yang menjadi bahan uji kaji beliau sejak usia anak-anak beliau masih kecil. Anak–anak beliau juga menjadi bahan uji kaji untuk ujian perkembangan bahasa kanak-kanak.

Beliau melakukan banyak eksperimen dan melahirkan beberapa teori serta menjawat beberapa jawatan dan menerima beberapa anugerah (RUJUK LAMPIRAN)