Tuesday, May 12, 2009

Falsafah Pendidikan (FPK) assingment sem 1 IPGM

PENGENALAN

Pendidikan merupakan acuan bagi melahirkan masyarakat yang berjaya membentuk dan membina negara serta mampu memajukan dan meletakkan negara ke tahap yang paling baik. Hanya pendidikan mampu mengubah sikap masyarakat. Falsafah Pendidikan sebenarnya ialah resipi yang digunakan untuk membentuk masyarakat di sesebuah negara. Resipi pendidikan ini haruslah sesuai dengan keadaan sesebuah negara. Masyarakat dan ekonomi merupakan impak yang besar bagi melahirkan resipi ini.

Secara amnya falsafah ialah idea bernas tentang isu-isu sekeliling yang telah dikaji oleh pemikir yang bijaksana. Bagi Mak Soon Sang (2009:172) falsafah ialah pemikiran tentang pandangan yang benar, rasional dan bernas. Bagi beliau lagi tujuan falsafah ialah membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara yang penting dalam hidup. Menurut Choong Lean Keow (2008:73) falsafah dirumuskan sebagai satu landasan baik bagi cetusan dan pejalanan idea-idea baru dalam pelbagai bidang dan disiplin kearah perkembangan manusia.

Pendidikan pula berasal daripada perkataan educare yang bermaksud yang bermasud “memelihara atau mengasuh”. Dalam buku Falsafah dan Pendidikan di Malaysia yang dikarang oleh Choong Lean Keow (2009:81) beliau memetik makna pendidikan daripada kamus pendidikan yang membawa maksud pendidikan ialah satu proses yang meneluruh yang bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan dan tingkahlaku manusia. Ia juga satu proses yang memberi peluang kepada seseorang individu untuk memperoleh kemahiran sosial serta memperkembangkan peribadi. Pendidikan di jalankan di sekolah.

“Falsafah Pendidikan” ialah gabungan diantara perkataan “falsafah” dan “pendidikan”, jadi Falsafah Pendidikan ialah haluan pendidikan bagi menjayakan rogran pengajaran dan pembelajaran supaya impaknya adah sesuai dan selari dengan mencapai setiap hasrat dan harapan negara. Bagi Mok Soong Sang (2009:126) falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, hala tuju, dan pandangan yang dihubungkaitkan dengan pendidikan.

Kurukulum yang dirancang di Malaysia iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dilaksanakan selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) supaya tenaga kerja yang lahir pada masa datang memenuhi kehendak negara dan selaras dengan sifat-sifat Malaysia yang bukan sahaja mempunyai pembagai kaum malahan mempunyai cabaran ekonomi, sosial dan rohani yang melampau dalam mengapai cita-cita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020. Pendidikan merupakan acuan bagi melahirkan masyarakat yang berjaya membentuk dan membina negara serta mampu memajukan dan meletakkan negara ke tahap yang paling baik. Hanya pendidikan mampu mengubah sikap masyarakat. Falsafah Pendidikan sebenarnya ialah resipi yang digunakan untuk membentuk masyarakat di sesebuah negara. Resipi pendidikan ini haruslah sesuai dengan keadaan sesebuah negara. Masyarakat dan ekonomi merupakan impak yang besar bagi melahirkan resipi ini.

Secara amnya falsafah ialah idea bernas tentang isu-isu sekeliling yang telah dikaji oleh pemikir yang bijaksana. Bagi Mak Soon Sang (2009:172) falsafah ialah pemikiran tentang pandangan yang benar, rasional dan bernas. Bagi beliau lagi tujuan falsafah ialah membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara yang penting dalam hidup. Menurut Choong Lean Keow (2008:73) falsafah dirumuskan sebagai satu landasan baik bagi cetusan dan pejalanan idea-idea baru dalam pelbagai bidang dan disiplin kea rah perkembangan manusia.

1.0 Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dahulunya di kenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara di bentuk pada 1988 adalah seperti berikut:

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Sumber: http://ms.wikipedia.org/

wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan

Sebenarnya jika diamati dan diteliti secara amnya matlamat FPK adalah untuk melahirkan masyarakat yang sentiasa dipenuhi dengan nilai-nilai positif hal ini bersesuaian dengan pendapat Mok Song Sang (2009:177) yang menyatakan matlamat FPK adalah untuk melahirkan warganegara yang baik. Secara amnya nilai-nilai baik yang ingin kerajaan lahirkan dalam setiap diri individu yang percaya, patuh serta taat kepada tuhan, mempunyai ilmu yang tinggi, baik dari segi akhlak, bertanggungjawab kepada diri sendiri dan orng lain, memiliki moral dan sifat yang seimbang serta menyeluruh dan mempunyai sikap bersatu padu yang teguh dan tidak goyah.

Semasa Datuk Seri Anuar Ibrahim menjadi Menteri Pendidikan beliau pernah menyeru agar FPK menjadi tulang belakang kepada matlamat pendidikan bagi mencapai prinsip dan nilai yang hendak dicapai. Dasar pendidikan negara sebenarnya adalah untuk menjadikan masyarakat Malaysia masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin, bertanggungjawab, berkebolehan, berwawasan dan terlatih. Sebenarnya bagi seorang penulis Blog (http://members.tripod.com/~sarjana/nilai3.html) penekanan FPK adalah perlu dalam setiap pengajaran dan pembelajaran bagi menjayakan dasar pendidikan negara. Ini kerana FPK ialah lampu penyuluh dalam melaksana pembelajaran dan pengajaran (P&P). FPK sentiasa memastikan proses P&P tidak lari daripada landasan.

Bagi Mok Soon Sang (2009:177) juga FPK seharusnya menolong Malaysia mencapai matlamat pendidikan. Matlamat pendidikan Malaysia adalah adalah seperti berikut:-

1.1 Melahirkan rakyat yang bertanggungjawabdan boleh memenuhi kewajipan sebagai warga Malaysia

1.2 Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan.

1.3 Melahirkan rakyat yang memahami danmenerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.

1.4 Melahirkan rakyat yang setia kepada Raja dan cintakan negara.

1.5 Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan

1.6 Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan kurang berada.

Sebenarnya matlamat FPK bukan sahaja bermatlamat kepada individu, malahan kepada banyak aspek seperti aspek sosial, ekonomi, politik, dan lain-lain lagi.

Dalam aspek individu sedah tentu FPK berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani, intelaktual dan sosial. Dari segi sosial dengan FPK kerajaan sebenarnya berhasrat melahirkan masyrakat yang penuh dengan nilai-nilai murni serta memahami warisan ekologi dan budaya masyarakat lain agar tidak terjadinya perselisihan diantara kaum. Bagi bidang ekonomi pula kerajaan amat berharap agar individu yang berkemahiran dalam apa jua bidang ekonomi dapat dilahirkan agar ekonomi Malaysia berkembang dengan sempurna. Dunia politik adalah dunia yang amat kompleks di Malaysia kerana rakyat yang berbilang kaum jadi dengan FPK kerajaan sebenarnya berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang boleh menghormati perlembagaan, menghormati Raja dan merialisasikan sistem demokrasi negara. Dari dahulu lagi bukan sahaja perjuang kemerdekaan malah pihak penjajah juga sedia maklum bahawa pendidikan sebenarnya dapat memupuk perpaduan. Dengan berpeganga teguh kepada falsafah yang sama tentulah perpaduan antara kaum dapat dicapai.

Bagi Ee Ah Meng (1996:98) FPK adalah penting kerana dengan FPK ia memberi hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang diikhtiarkan untuk meningkatkan lagi muru pendidikan di negara kita, menjadi dasar bagi menenyukan matlamat-matlamat pendidikan, sebagai dasar pembentukan (Kurikullum Bersepadu Sekolah Rendah) KBSR dan (Kurikullum Bersepadu Sekolah Menengah) KBSM, mengawal apa sahaja penyelewengan sama ada dari segi dasar pelajaran mahupun jenis-jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dijalankan, mengelakkan kesulitan yang timbul dalam pendidikan, dan ianya menjadi pertimbangan asas ketika hendak merancang pembaharuan atau perubahan dalam bidang pendidikan

Secara ringkas FPK sebenarnya menyatakan idea dan prinsip pendidikan di Malaysia dan ianya juga sebenarnya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik bagi menjelaskan secara rasional tentang amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan. FPK bermatlamat untuk melahirkan bakal pemimpin negara yang berjaya bukan bukan sahaja dari aspek duniawi seperti material malahan juga dalam aspek nilai-nilai murni yang dapat mengekalkan keamanan dan kemerdekaan Malaysia. FPK sebenarnya mengemudi sistem pendidikan negara untuk melahirkan masyarakat yang sempurna melalui pendidikan yang formal kerana masyarakat yang sempurna menjadi tunjang kepada kemajuan dari segala aspek.

2.0 Faktor dan Elemen Pembentukan FPK

FPK dibentuk pada tahun 1979 selepes terbitnya laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran. Laporan yang dikemukakan merangkumi segala hal-hal yang penting dalam dunia pendidikan. Bagi Choong Lean Keow (2008:119) isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia berkaitan dengan prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.

Sebenarnya FPK mementingkan pembengunan kemanusiaan, kerana ada frasa didalam Laporan Kabinet yang menekankan foktor pembangunan kemanusiaan. Frasa yang menekankan faktor tersebut adalah:

“Perkembangan ekonomi pada hari ini adalah pesat. Demikian juga dalam bidang sosial. …kita berhadapan degan pelbagai unsur dari dalam dan luar negara. …kebenyakkan daripada unsure ini adalah baik, tetapi … yang didatangkan tidak menyenangkan. Oleh itu, kita menghadapi cabaran lain iaitu pembangunan kemanusiaan

(Laporan Kabinet, 1979:226)

Dalam FPK juga ditekankan unsur-unsur yang diperlukan untuk membentuk pembangunan kemanusiaan. Sebenarnya pembangunan kemanusiaan hanya dapat diperolehi daripada pendidikan. Frasa dalam laporan yang mengesyorkan unsur-unsur penting yang diperlukan dalam pembangunan kemanusiaan ialah seperti berikut:

“Tenaga rakyat diperlukan. …juga dari segi nilai-nilai disiplin. …perlu jujur dan dedikasi terhadap kerja. …boleh berfikir dan bertindak dengan baik … berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. …perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan”

(Laporan Kabinet, 1979:227)

Salah satu perlembagaan Malaysia ialah FPK. FPK dibentukan berlandaskan ideologi kebangsaan yang digabungkan dengan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Rukun Negara digubal bagi memastikan perpaduan tercapai dan kekal dalam negara Malaysia. Rakyat Malaysia wajib mendukung rukun negara. Aspek-aspek dalam FPK diterapkan juga dengan nilai-nilai yang termaktub dalam rukun negara. FPK wajib dijulang oleh semua rakyat Malaysia kerana pendidikan merupakan salah satu aspek penting dalam memupuk perpaduan. Dengan FPK kita dapat melahirkan rakyat yang sama cirri-cirinya.

Dasar Ekonomi Baru dirangka bukan sahaja untuk memupuk perpaduan malah ianya juga bertujuan untuk mengurangkan perbezaan dalam ekonomi, sosial, kebudayaan dan penempatan.Dasar Pendidikan kebangsaan pula merupakan satu dokumen yang mengandungi pernyataan dasar dan strategic perlaksanaan agar dapat dijadikan garis panduan bagi semua pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan.. Faktor-faktor benbentukan prinsip-prinsip Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru,dan Dasar Pendidikan ini sebenarnya mempengaruhi dasar pembentukan FPK.

Secara amnya faktor khusus yang mempengaruhi pembentukan FPK ialah faktor agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia, faktor sosial yang melibatkan budaya masyarakat Malaysia yang oelbagau, faktor Politik yang biasanya dipengaruhi oleh ideologi negara dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan, faktor ekonomi yang mempengaruhi tujuan pendidikan di salurkan kepada rakyat, faktor individu yang biasanya berkaitan dengan keperluan individu terutama sekali keperluan-keprluan asas, dan faktor terakhir yang mempengaruhi FPK ialah faktor sejagat. Menurut Mok Soong Sang maksud faktor sejagat ialah perkara yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa, dan keupayaan warganegara memberi sumbangan kearah yang membawa persefahaman antarabangsa.

Elemen-elemen yang terkandung dalam FPK adalah bertujuan untuk melahirkan generasi yang akan dating yang mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan kehendak negara dan mampu memandu negara di peringkat global.

Elemen-elemen yang terkandung dalam FPK ialah:-

2.1 Pendidikan suatu usaha berterusan

2.2 Perkembangan potensi individu

2.3 Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

2.4 Insan yang seimbang dan harmonis

2.5 Unsur intelek

2.6 Unsur Rohani

2.7 Unsur emosi

2.8 Unsur Jasmani

2.9 Unsur Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan

2.10 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

2.11 Rakyat Malaysia yang berketerampilan

2.12 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

2.13 Rakyat Malaysia yang bertanggung jawab

2.14 Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

2.15 Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

2.1 Pendidikan Suatu Usaha berterusan

Pendidikan suatu usaha berterusan diertikan sebagai pendidikan sepanjang hayat. Pendididkan di Malaysia bermula seawall peringkat prapersekolahan. Pendidikan prasekolah yang bermula seawall usia enam tahun ini mempu membina sahsiah yang baik dalam diri setiap individu. Proses pendidikan yang berterusan sebenarnya mampu menyediakan landasan kepada individu untuk bersedia mengahdapi cabaran yang melibatkan ilmu-ilmu yang terkini dan semakin moden. Contohnya ilmu ICT. Pembelajaran ilmu ICT yang berterusan mampu menyebabkan rakyat di sesebuah negara bergerak seiring dengan perkembangan ilmu tersebut.

2.2 Perkembangan potensi individu

Setiap manusia sebenarnya dianugerahkan bakat dalam diri mereka. Jadi pendidikan seharusnya mempunyai kunci untuk mencungkil dan mengasah bakat diri individu.

2.3 Perkembangan individu secara meneluruh dan bersepadu.

Perkembangan diri individu seharusnya seimbang dari semua aspek terutamanya aspek jasmani,emosi, rohani, intelektual dan sosial.Bagi Choong Lean Keow (2008:122) bakat, potensi dan kebolehan tidak boleh dikembangkan secara berasingan, sebaliknya dihubungkaitkan atau diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan

2.4 Insan yang seimbang dan harmonis.

Insan yang seimbang dari aspek rohani bukan sahaja mempunyai penghayatan dan jumlah ilmu yang tinggi malahan mempunyai akhlak yang baik bagi menjamin keamanan. Secara keseluruhannya insane yang seimbang percaya kepada tuhan, berfikiran tenang dan positif (Mok Song Sang, 2009:180) , sihat tubuh badan dengan akal yang cerdas, gembira dan mempunyai sahabat, melaksanakan tugas dengan komitet dan bertanggungjawab, dan akhir sekali mempunyai sikap yang sanggup menghadapi kesusahan demi kesenangan yang akan datang.

2.5 Unsur Intelek

Bagi memastikan rakyat mempunyai unsur intelek, kerajaan sentiasa memastikan rakyat Malaysia diperkukuhkan dengan asas-asas membaca, menulis dan mengira (3M). Unsur intelek dalam FPK yang diselitka bertujuan untuk melahirkan individu yang boleh berfikir secara kreatif dan kreatis serta kritika serta sentiasa berusaha mencari, mengembang dan menyebar ilmu yang benar dan berguna kepada masyarakat.

2.6 Unsur Rohani

Unsur rohani ini diselitkan agar setiap individu percaya kepada tuhan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada amalan-amalan yang baik

2.7 Unsur Emosi

Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang membawa kepada keatabilan negara.

2.8 Unsur Jasmani

Dengan unsur jasmani rakyat Malaysia seharusnya dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal, memanipulatif dan bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan yang sihat. Denga tubuh badan yang sihat rakyat tentu sekali dapat menyumbang tenaga denga baik dan berkesan.

2.9 Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan sebenarnya dapat mengawal tingkah laku setiap insan. Dengan garis panduan yang ditetapkan oleh agama tentu sekali individu tidak sanggup menghancurkan diri sendiri, masyarakat dan negara.

2.10 Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat yang berilmu pengetahuan sentiasa mencintai ilmu pengetahuan, memupuk sikap yang positif dalam memupuk ilmu serta sentiasa membudayakan ilmu pengetahuan. Dengan ilmu pengetahuan masyarakat juga akan berfikiran luas dan terbuka. Dengan mencintai ilmu pengetahuan juga sikap cintai budaya membaca dapat di pupuk dan disemai.

2.11 Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat Malaysia yang berakhlak baik akan mempunyai perwatakan yang baik dan nilai-nilai murni yang baik serta dipenuhi dengan moral yang tinggi.

2.12 Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Rakyat Malaysia yang bertanggungjawa akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi. Mereka yang bertaggungjawab juga akan sentiasa mematuhi undang-undang dan memainkan peranan yang penting dalam negara dengan baik dan sempurna.

2.13 Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Rakyat Malaysia yang berleterampilan sentiasa mempunyai perwatakan yang baik, berinisiatif, pembawaan diri yang baik, mereka yang tinggi dapat menyebabkan individu itu sentiasa cekap dan kaya dengan kompitensi diri.

2.14 Rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

Rakyat yang tenang sentiasa berfikir dan tidak melulu dalam membuat keputusan serta memiliki ketenangan dalam jiwa serta sedia hadapi cabaran diri. Mereka yang mencapai kesejahteraan juga

2.15 Rakyat Malaysia yang berupaya memberi sumbangan untuk keluarga, masyarakat dan negara.

Rakyat mempu menyumbang kepada negara dengan memepuk keharmonian keluarga, perusaha memupuk perpaduan melalui semangatkerjasama, berbakti,toleransi, kekaitan dan hormat-menghormati, mengembangkan ekonomi dan membangunkan sains, kekalkan kestabilan negara dengan toleransi dan kerjasama, mematuhi, mengekal, dan mempertahan perlembagaan dan undang-undang, menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara. Dan akhir sekali bersemangat patriotic dan cintakan negara.

3.0 NILAI, CADANGAN DAN RUMUSAN IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

Secara amnya setiap unsur atau elemen yang diterapkan dalam FPK mempunyai tujuan dan implikasi yang tersendiri. Unsur-unsur ini diselitkan atas kajian yang dilakukan oleh sesetengah Ahli Jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan untuk mengkaji akan sistem pendidikan negara serta memahami kehendak negara pada masa hadapan. Masa hadapan sesebuah negara sebenarnya bergantung kepada sistem pendidikan sekiranya sistem pendidikan di sesebuah negara itu canggih, maju dan besesuaian dengan kehendak negara maka insan yang lahir pada masa hadapan tentu sahaja dapan memimpin negara dengan baik, memajukan negara dan menjadi masyarakat yang baik dan sentiasa menyumbang.

FPK sebenarnya memberi kesan kepada Kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan. Dalam kurikulum sukatan matapelajaran diorentasi dengan program bersepadu, proses P&P mengutamakan nilai-nilai murni, pendidikan yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang dan melatih pelajar mengikut bakat. Bagi pendidik teknik pengajaran haruslah sesuai dengan pelajar dan padangan,visi serta pemikiran mereka haruslah sesuai dan mengikut arus global tetapi mesti mempunyai nilai. FPK memberi impak kepada institusi pengajian tinggi kerana kemudahan-kemudahan di sekolah mestilah memenuhi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS), malah budaya sekitar juga haruslah kondusif supaya dapat melahirkan pelajar yang cintakan ilmu serta penuh dengan nilai-nilai murni.

Jika dilihat dan diteliti FPK mencerminkan (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah) KBSR dan (kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) KBSM. Jika dikaji dengan teliti pada tahun 2000-2005 (RUJUK LAMPIRAN ) peningkatan jumlah pelajar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) adalah bertambah. Ini menunjukan pemantapan FPK dalam sistem pendidikan negara. Sebenarya usia FPK telah melebihi usia 10 tahun. Falsafah ini ada kekurangannya kerana kemajuan dan cabaran global. Oleh itu beberapa perencah telah ditambah dalam dunia pendidikan di Malaysia bagi menguatkan lagi FPK supaya ianya tidak goyah dan berjaya dilaksanakan. Antara penguat FPK ialah Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang cuba menekankan enam aspek penting yang menjadi penyelesaian kepada beberapa isu pendidikan contohnya isu jurang pendidikan luar bandar dan bandar. Dalam PIPP diselitkan elemen ini dengan cadangan penyelesaiannya serta objektif perlaksanaan. Antara penyelesaian yang dicadangkan dalam PIPP bagi menyelesaikan masalah jurang pendidikan ialah menambah bilangan makmal komputer di sekolah luar bandar agar pelajar sekolah luar bandar tidak mengalami masalah “buta IT”.

Bukan PIPP sahaja yang menjadi pengukuh kepada FPK, sebenarnya wawasan 2020 yang ideanya dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Dato’ Doktor Mahathir B. Muhammad iaitu pada tahun 1991 juga merupakan elemen penting dalam menjayakan sistem pendidikan di Malaysia. Wawasan 2020 menekankan semua cabaran yang dihadapi dengan lebih spesifik untuk mencapai status negara maju. Sewaktu guru mengajar di sekolah amalan FPK haruslah diselitkan bersama PIPP dan wawasan 2020 agar usaha untuk melahirkan insan yang menepati FPK dapat dilahirkan untuk memajukan negara melalui pendidikan.

Unsur pertama dalam FPK ialah, “pendidikan adalah satu usaha berterusan” hal ini dapat dilihat dan dihayati dengan sistem pendidikan negara kita. Kerajaan mewajibkan kanak-kanak bersekolah seawal usia tujuh tahun, Malah ada akta yang membenarkan kerajaan menyaman ibu bapa sekiranya gagal menghantar anak-anak ke sekolah seawal usia tersebut tetapi kerajaan juga ada menyediakan tadika dengan bayaran yuran yang rendah iaitu Tadika Kemas. Ini membuktikan bahawa kerajaan amat mementingkan pendidikan dan mahu ianya bermula seawal usia dan diteruskan hingga ke akhir hayat. Bukti lain yang menunjukan kerajaan amat mementingkan pendidikan berterusan ialah kenaikkan darjah dan tingkatan secara automatik. Kenaikkan darjah dan tingkatan secara automatik membolehkan pelajar menuntut ilmu secara berterusan tanpa sekatan walaupun ada sesetengah pelajar tidak berbakat dalam bidang akademik. Baru-baru ini kerajaan turut menghapuskan yuran sekolah bagi membuka peluang kepada keluarga yang miskin menikmati pendidikan yang brterusan.

Bagi meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerajaan juga telah memperbanyakkan pusat-pusat pengajian tinggi. Bagi menjaga pusat pengajian tinggi swasta kerajaan telah menubuhkan Mining Qualifications Authority (MQA) yang ditugaskan untuk menjaga kualiti pendidikan swasta ini supaya masyarakat Malaysia dapat menikmati pendidikan yang berterusan lagi berkualiti. Untuk belajar ke peringkat yang lebih tinggi juga kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kewangan untuk membiayai kos-kos pengajian di pringkat yang tinggi. Contohnya kerajaan menwujudkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara untuk menyediakan pinjaman kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) turut menyediakan biasiswa kepada mereka yang cemerlang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang tinggi.

Bagi kerajaan pendidikan bukan sekadar berlaku di dalam kelas secara fomal, malah sepatutnya berlaku biarpun di rumah, dengan itu kerajaan menggalakkan media massa melaksanakan pelbagai program pendidikan. Contohnya TV9 yang kini digelar saluran pendidikan merupakan salah satu saluran informasi yang menerapkan pelbagai rancangan yang berunsurkan ilmu pengetahuan.

Cara lain bagi memastikan rakyat Malaysia memperoleh ilmu sepanjang hayat ialah dengan membaca. Seperti yang kita ketahui, rakyat Malaysia ialah antara rakyat yang kurang membaca terutamanya buku ilmiah. Dianggarkan bahawa rakyat Malaysia membaca dua judul buku setahun. Untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah mencari pelbagai inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia membaca. Antara langkah yang di laksanakan untuk memastikan rakyat Malaysia membaca ialah penubuhan Perpustakaan Bergerak anjuran Majlis Perbandaran setiap negeri. Kempen membaca dan pesta buku turut diadakan setiap tahun.

Bagi memudahkan pembelajaran dijalankan hingga ke akhir hayat kerajaan sepatutnya menyeru dan melatih guru-guru untuk mengajar anak-anak muridnya menguasai ‘belajar cara belajar’ untuk belajar sepanjang hayat bagi menjayakan unsur ‘belajar sepanjang hayat’. Konsep ‘belajar cara belajar’ ini diterapkan oleh UNESCO (1995). Antara konsepnya ialah belajar untuk mengetahui (Learning to know), belajar untuk membuat (learning to do), belajar untuk menjadi insane sempurna (Learning to Be) dan akhir sekali belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Malangnya pada hari ini, unsur-unsur ini tidak diterap secara serius dalam dunia pendidikan. Malah guru hari ini hanya mementingkan peperiksaan. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana menuntut ilmu untuk menjawab peperiksaan menyebabkan ketiadaan implikasi ilmu keatas diri individu. Maka tiada anjakan paradikma dalam diri setiap pelajar. Apabila hal ini terus berlaku usaha dalam FPK untuk menjayakan unsur “pendidikan adalah satu usaha berterusan” adalah gagal. Didapati hal ini berlaku pada hari ini jadi kesedaran dalam diri setiap guru akan kepentingan mengaplikasi ilmu yang diperolehi dalam kehidupan adalah penting. Jadi ilmu yang berterusan adalah perlu bagi memastikan hidup seseorang itu terus maju kerana ilmu-ilmu baru itu sentiasa diaplikasi dalam kehidupan sehari-hari. Meletakkan pendidikan sebagai satu usaha yang berterusan adalah wajar kerana ilmu ilmu yang banyak mampu menjadikan tamadun Malaysia sebagai satu tamadun yang boleh dibanggakan.

Unsur kedua dalam FPK ialah memperkembangkan potensi individu. Dalam diri manusia ini sebenarnya terkandung bakat yang terpendam, yang tidak disedari dan harus dicungkil. Bakat mampu memajukan diri seseorang individu sekiranya dicungkil dan diasah dengan baik. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah (KBSR) diselitkan dengan usaha untuk mencungkil bakat dan potensi. Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencungkil bakat seseorang ialah guru. Guru bukan sahaja mencungkil bakat yang terpendam malahan memajukan serta membuka peluang kepada pelajar yang berbakat untuk menonjolkan bakat tersebut kepada khalayak antarabangsa.

Matapelajaran elektif yang diajar adalah bertujuan untuk mencungkil bakat pelajar. Matapelajaran yang dimaksudkan ialah Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Jasmani dan suluruh matapelajaran yang diajar di sekolah-sekolah teknik dan vokasiaonal. Bagi mencungkil dan melihat bakat individu, kerajaan turut memperkenalkan matapelajaran yang merentasi kukurikulum dengan menyelitkannya didalam gerak kerja kokurikullum. Kokurikulum bukan sahaja mengejar pelajar ilmu-ilmu sampingan yang tidak diajar di dalam kelas tetapi juga kokurikulum sebenarnya mencungkil minat dan bakat pelajar. Dengan kokukrkulum gura dapat memerhati dan mengembangkan lagi potensi serta bakat yang terpendam di dalam diri pelajar.

Seluruh manusia sedia maklum bahawa tidak semua manusia itu pandai dalam bidang akdemik. FPK sebenarnya mengubah persepsi rakyat Malaysia apabila meletakkan unsur memperkembangkan potensi individu sebagai unsur ke dua dalam FPK. Bakat manusia tidak semuanya sama ada diantara manusia yang bakatnya lebih teserlah dalam bidang sukan, ada diantara mereka dalam bidang seni dan ada diantara mereka yang lebih cemerlang dalam bidang ilmiah. Kesedaran ini menyebabkan kerajaan menganjurkan berbagai pertandingan untuk memperkembangkan lagi bakat individu. Contohnya kerajaan telah menubuhkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dengan harapan agar pihak tersebut dapat mencari bakat-bakat baru dan memperkembangkannya.

Bagi memperkembangkan bakat dan mengurangkan rasa tidak berminat untuk belajar di sekolah, kerajaan sepatutnya menubuhkan sekolah yang beraliran khusus contohnya sekolah muzik, sekolah lakonan, sekolah seni visual dan lain-lain lagi serta mengambil pelajarnya seawal usia 13 tahun supaya minat serta bakat dapat dicungkil. Hal ini juga sebenarnya memberi pendedahan awal kepada pelajar akan ilmu pengetahuan yang sesuai dengan bakat mereka. Di Malaysia matapelajaran ini memang dipelajari, tetapi tidak diberi penekanan yang khusu, jadi bakat dan potensi sebenar murid tidak dapat dilihat dan dicungkil. Perhatian yang penuh tidak dapat diberikan oleh guru ketika murid-murid belajar dan melibatkan diri dalam bidang kokurikulum. Bagi bidang sukan pula, memang benar Malaysia mempunyai sekolah sukan antaranya Sekolah Sukan Bukit Jalil tetapi bilangannya tidaklah sehebat nama dan fungsinya. Kerajaan seharusnya menubuhkan sekolah ini dengan lebih luas dan mempunyai kelengkapan yang canggih serta jurulatih yang terlatih bersama-sama dengan pakar-pakar seperti pakar pemakanan yang dapat membantu negara melahirkan atlet yang bertaraf dunia.

Bagi mewujudkan insan yang harmonis, perpaduan sangat diperlukan kerana masyarakat Malaysia ialah masyarakat yang berbilang kaum. Untuk mewujudkan hal ini salah satu cadangan ialah menghapuskan sekolah jenis kebangsaan dan memantapkan sekolah kebangsaan. Sekolah Jenis Kebangsaan wajar dihapuskan bagi menghomati status dan akta Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa merupakan salah satu agen perpaduan. Bagi mengelakkan pergaduhan, bahasa cina dan bahasa tamil patut diajar di sekolah kengasaan supaya semua murid mendapat kebaikan daripada bahasa tersebut.

Keseimbangan dalam aspek JERIS boleh dicapai dalam proses P&P. Keseimbangan dalam aspek jasmani dipupuk melalui matapelajaran pendidikan jasmani. Pendidikan jasmani merupakan salah satu cara untuk memupuk jasmani dalam pendidikan. Bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal pelajar, kerajaan memberi suntikan vaksin dan antibodi percuma di sekolah-sekolah selain itu kerajaan mewajibkan semua pelajar di Malaysia mempelajari subjek Pendidikan Jasmani agar setiap rakyat Malaysia yang lahir mempunyai pengetahuan asas tentang kesihatan dan kecergasan serta kepentingan mempunyai tahap kesihatan yang sempurna. Bagi menguatkan fizikal sekolah sepatutnya melakukan senaman regangan sebelum memulakan pelajaran.Aktiviti merentas desa harus dilakukan setiap bulan. Pemantauan kesihatan daripada penguatkuasa kesihatan Malaysia adalah perlu.Kantin-kantin sekolah juga dilarang menjual makanan segera dan makanan rapu. Multivitamin juga sepatutnya dibekalkan oleh kerajaan kepada setiap pelajar di Malaysia secara percuma untuk menjamin tahap kecergasan pelajar.

Emosi merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik. Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di setiap sekolah dimana ahlinya dipilih dikalangan pelajar-pelajar untuk membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu buku panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus diterbitkan dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar teruamanya pelajar sekolah menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal. Menurut satu kajian otot di bahagian dalam boleh terkoyak sekiranya seseorang itu terlalu tertekan atau empunyai emosi yang kurang stabil.

Rohani adalah penting dalam melahirkan tingkah laku yang baik dan mulis. Tingkah laku yang baik dan mulia sangat penting bagi menjamin kesejahteraan. Hanya penghayatan agama sahaja dapat membentuk peribadi yang mulia. Oleh itu kerajaan telah memantapkan matapelajaran agama islam disekolah kebangsaan dengan memperkenalkan program jawi, quran, arab dan fardu ain (J-QAF). Bagi pelajar yang bukan islam pendidikan moral telah cukup , tetapi amali haruslah diutamakan dalam proses P&P agar ianya dapat dipraktikan di luar. Guru agama sepatutnya

Intelek merupakan unsur yang sangat diperlukan. Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan. Bagi rakyat Malaysia intelek diukur diatas kertas ujian. Kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lambing kejayaan individu. Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari. Apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan. Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk bercakap di khalayak. Dengan mewajibkan setiap sekolah mengadakan sudut pidato dan setiap hari dengan menggunakan Bahasa Melayu

FPK yang di rangka dengan tujuan untuk melahirka insan yang berpengetahuan, berketerampilan, berkakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan dapat memberi sumbangan kepada negara terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara adalah satu usaha yang baik dan patut dijalankan secara berterusan. Setiap elemen harus diselit dalam P&P.

Kerajaan sepatutnya menjadikan sekolah di Amerika sebagai model kepada sekolah-sekolah di Malaysia. Sekolah-sekolah di Amerika bukan sahaja di lengkapi dengan guru dan pelajar malah di setiap sekolah adanya seorang doktor, ahli psikologi, ahli terapi dan lain-lain lagi yang boleh membawa kebaikkan kepada pelajar. Kemudahan-kemudahan seperti klinik, taman permainan, gymnasium yang dilengkapi alat-alat sukan yang canggih dan bayak lagi harus disediakan di sekolah-sekolah supaya sekolah menjadi tempat nombor dua pelajar untuk menyempurnakan diri serta menjadi insane yang harmonis.

Kerajaan tidak seharusnya mengenakan cukai terhadap pembelian komputer. Ini bagi memastikan setiap ibu bapa mampu membeli komputer kepada anak-anak mereka. Tujuan memiliki komputer di sini adalah untuk mengaplikasikan pengajian jarak jauh kepada pelajar-pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit. Bagi memastikan hal ini berjaya, penggunaan internet di seluruh pelusuk Malaysia adalah perlu. Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah yang mendapat cuti sakit ini dapat mengelakkan pelajar ketinggalan dalam matapelajaran. Bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajar seperti buta, pekak, bisu dan ceberal palsy yang tidak kronik pengajian jarak-jauh adalah sesuai untuk mereka. Pengajian jarak jauh dikalangan pelajar sekolah juga memberi peluang kepada pelajar untuk mendalami ICT dan mengelakan kes buta IT. Dengan ini misi pembelajaran sepanjang hayat dapat dilaksanakan.

Sebenarnya untuk menjayakan segala usaha ini pengubahsuaian dalam FPK adalah perlu. Kebanyakan rakyat Malaysia yang lahir pada hari ini adalah tidak seimbang dalam aspek (JERIS) kerana sistem pendidikan negara yang terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata. Remaja semakin rosak akhlaknya. Pada Januari hingga Mac 2007 adalah seramai 1,550 orang (53.71%) yang menyalah gunakan dadah adalah remaja. Masalah akhlak melibatkan remaja turut besar bilangannya. (RUJUK LAMPIRAN). Hal ini membimbangkan. Jadi adakah FPN berjaya melahirkan keseimbangan dalam semua aspek? Dalam majalah Reader Digest Januari 2007 menyatakan Malaysia antara negara yang mempunyai tahap kesopanan yang rendah selepas menjalankan beberapa ujian.

Walaupun bilangan pelajar yang cemerlang meningkat dari tahun ke tahun terutama dalam keputusan UPSR (Rujuk Lampiran) masalah akhlak tidak pula lekang dari bibir masyarakat. Program-program yang berguna seperti Program Latihan Khidmat Negara harus diperbanyakan tetapi memberi pendedahan yang sama dan melibatkan semua pelajar lepasan SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) supaya masalah sosial dapat dikurangkan. Dalam hal diatas juga keberkesanan KBSR dan KBSM boleh dipersoalkan. Justeru itu KBSR dan KBSM sepatutnya dirangka semula dengan meletakkan konsep JERIS sebagai konsep yang utama dalam P&P agar matlamat FPK dapat dicapai.

Sebenarnya FPK perlu dikaji dan diselaraskan dengan cabaran-cabaran negara serta aspirasi negara. Konsep PIPP dan Wawasan 2020 sepatutnya diubah suai dan dijadikan teras yang baru dalam FPK. Pembaharuan dalam FPK adalah perlu supaya ianya seiring dengan perjalanan global yang sentiasa mengubah sikap pelajar-pelajar.Pembaharuan dan penambahan dalam FPK hanya dapat dilaksanakan dengan kajian yang terpeinci daripada golongan yang pakar. FPK penting dalam mencorok generasi akan datang dengan pendekatan tertentu.


Rujukan:

Choong Lean Keow, Falsafah dan Pendidikan di Malaysia , Kuala Lumpur Kumpulan Budiman

Ee Ah Meng

Mok Song Sang, Falsafah Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur, PTS